Saturday, 5 March 2016

Rate Atau Kadar TuneTalk ToneExcel Adalah Yang Terbaik

Rate Atau Kadar TuneTalk ToneExcel Adalah Yang Terbaik

Setelah bertahun lama saya dalam arena ini, pada pendapat saya, rate TuneTalk ToneExcel untuk SMS/panggilan sebanyak 28 sen/min adalah antara yang termurah di negara kita. Ini adalah kerana ianya adalah flat rate, dan tiada kos-kos tersembunyi. Tidak kira apa jua keadaan, call sesama sendiri rate yang sama, call ke tempat lain rate yang sama, call waktu malam rate yang sama, call waktu siang rate yang sama, topup RM5 tetap rate yang sama, topup RM30 tetap rate yang sama.

Over due credit (balance kredit yang dah tamat tempoh, hanya boleh digunakan jika kita topup semula), juga menggunakan rate yang sama. Panggilan minit pertama, rate yang sama dengan panggilan minit kedua dan seterusnya. Semuanya flat rate, apa jua keadaan, seba itu ia merupakan antara rate yang paling rendah di Malaysia ini.

Sekadar renungan:
Apa pendapat anda, jika anda nak beli barang dengan satu kedai, dan apabila anda bertanya, berapa harga barang ini encik?
Dijawab, "Ikut keadaan lah, kalau kamu datang muka senyum lain harga, muka masam lain harga. Kalau kamu datang malam lain harga, kalau siang lain harga. Kalau kamu datang pukul 10 tepat lain harga, kalau kamu datang pukul 10 1 minit lain harga, 10. 2 minit lain harga. Kalau hari jadi kamu lain harga, kalau hari jadi saya lain harga. Kalau kamu datang naik motor lain harga, kalau kamu datang naik BMW lain harga. Kalau saya bergaduh dengan isteri lain harga, kalau isteri saya tak merajuk lain harga"
"Jadi berapa harganya ?????????"

TuneTalk ToneExcel charge panggilan satu harga sahaja 28 sen/min, walau apa keadaan sekali pun.

SMS?? Saya tidak perlu ulas panjang, kerana SMS semakin hari semakin kurang penggunaannya, sebab ramai dah orang pakai whatsapp/wechat/facebook/telegram dan macam2 lagi.

0 comments

Post a Comment